Friday 14 July 2017

RAYA WITH FRIENDS AT IPOH

Hello everyone! Jumpa lagi ya kita? Hehehe jangan jemu pula tau! Kehkehkeh harini I nak story I raya dekat Ipoh dengan kawan kawan kolej. Fuhhh hampir 2 tahun juga lah tak jumpa kan and alhamdulillah finally jumpa juga raya tahun ni 😉 Thanks to Fauzul Azam sebab bawak I jalan jalan  Ipoh 😙

Macam biasa kalau beraya tak bukan kita makan kan. So masa dekat Ipoh kiteorang start raya dari rumah Alia. Pagi pagi mak dia dah masakkan nasi kerabu. Dah lah tak pernah makan hmm terkial kial juga lah aku nak makan. Hahaha sampai mak dia tegur kenapa kering. Hmm maaf makcik anak ni baru belajar makan makanan pata timur huhu. Walaupun first time makan habis tau. Andddd sedapnya budu! Dulu tak makan sebab orang kata tu katak 😑 but now dah makan okay! Proud of me 😝 Thank you Alia for having us 😘



Gambar dengan Alia tak ada. So takpe kan kalau gambar dengan adik dia 😜
*practice ambil gambar family 😀


After raya rumah Alia we go to masjid sebab Azam nak solat jumaat. I tunggu lah dia dalam kereta. So dah selesai solat jumaat kiteorang pergi rumah Miss Faradilla. Sporting lecturer ever! Hehehe. Sampai sampai je rumah miss, miss sambut kiteorang macam pelik. Yela selama ni mana pernah Azm bawak I jumpa lecturer semua ni but yeah lecturer memang kenal I lah. Then sembang sembang dengan miss, tetibe miss cakap "ingatkan datang nak bg kad jemputan" hahahaha miss please miss awal lagi huhu padahal memang dah gatal nak kawin jkjkjk. Azam pun jawab "alaa miss kad tertinggal" haihh dia ni pun meloya boleh tahan juga! Sambil borak mis hidangkan kuew teow goreng. I told you haa kuew teow miss sedap gilaaa! Tak tipu weh 😅 Makan borak makan borak habislah semua gossip yang tak tersimpan. tetibe tenguk jam dah pukul 5 lebih. So kami minta diri dulu sebab nak beraya ke rumah Pijoi pula. Anyway, thank you miss for having us 😘 Nanti kawin kami jemput miss nah. Bukan miss je satu KPM kami jemput 😛


Haaa ni ada gambar dengan tuan rumah Miss Faradilla 🌸


Next house is Pijoi house. Haa time ni aku dah penat dah. Penat makan, penat badan, penat segalanya lah dengan rasa berlangas semua grrrrrr tapi rayakan setahun sekali so gigihkan diri juga. Dekat rumah Pijoi ni cam biasa je lah. Yang luar biasa orang cakap tak payah buat apa apa sebab dah makan banyak tpi dia buat juga. Act, dia tak buat lah tapi dia beli. Hahahaha dia pergi beli pizza weh! Tell me macam mana lah tak gemuk kalau asyik makan 😂 Tapi orang kata rezeki jangan ditolak kan? SO kita makan jela. Makan sikit lepastu terus gerak balik sebab nak mandi sesiap semua then nak g beraya malam pula. So here is our picture with brocoli boy hahaha sorry pijoi and thanks for having us 👐


One with brocoli boy 😝


Malam pun menjelma. After maghrib siap siap terus beraya rumah Syida. Sampai sampai terus makan then borak sembang dengan kawan perempuan semua. Dalam masa yang sama sakit hati pun ada. Nak ajak balik kang serba salah sebab tengah tunggu si brocoli tu. So tahankan lah hati ni jap kan. Nak hilangkan rasa sakit hati ni kita pun makan makan dan makan. Dah habis makan pupp pappp puppp papppp terhasillah selfie dari kami 


Bukan drama bini bini ku cantik ya 


The next day kiteorang pergi Seri Iskandar sebab ada jemputan wedding. Yeahh wedding Kak Fayrose. Thank you for inviting us Kak Rose! Youre so pretty on your big day 😍 Semoga kekal ke jannah bersama husband tersayang ya. Jangan garang garang tauu takut husband nanti 😜 kira raya jugalah kan makan nasi kenduri. Dah lah lauk dia superb gila! Ikan patin tempoyak and talapia masak 3 rasa i think (not sure) janji kenyang hehe thank you again Kak Rose! Nah lanje sikit gambar dengan pengantin 😊


Pengatin laki hilang so kami kpmsi geng bergambar jela huhu


Lepas kenyang makan kenduri Azam aja singgah rumah my old friend whih is Dyla. Hmmm lama juga tak bercakap dengan dia. Sejak dia keluar hostel memang jarang jumpa lah. Dia oun busy memanjangkan so ada peluang ni jumpa lah. Dia ni pun satu orang kata tak payah buat apa apa, dia pergi buatnya spaghetti. Haih nasiblah dapat kawan yang tak boleh tenguk kau kurus 😂 Apepun spaghetti kau sedap Dyla hehe thanks sudi terima kunjungan kami yang tiba tiba ni 😌 and thanks too for ur almond london. Siapa nak beli kuih ke kek ke boleh lah pergi kedai bakery dia hehe bawah ni gambar dengan tuan rumah 



Boleh kot nampak kurus sikit 🙊


Finally, last house and last day dekat Perak. Haaaa tak terlarat dah ha nak makan nak jalan. Hahaha dasar gemuk pemalas Eryn ni 😒 Rumah last ni rumah si Peah. Sampai sampai dia belum start masak lagi. Si Azam lah ni nak cepat sangat sekali tak prepare apa apa lagi. I tak pela kan boleh tolong dia masak. Si Azam melanguk dekat depan hahaha padan muka! Masak masak masak sampai siap. Masak takde lah lama mana pun sebab masak spaghetti carbonara je haa. Dah siap masak tak makan lagi sebab apa ? Sebab dah kenyang. So kiteorang decide nak tunggu geng lain sampai. Tunggu diorang tu macam tunggu duit jatuh dari langit tahu tak hahah lama lahai! Nasib kawan je tau 😌 Lama kemudian, geng sampai. Terus lah makan kan sebab dah lama tunggu and dah nak maghrib dah. Taknak gerak balik Kajang lewat sangat sebab takut penat. Dah habis makan orang lain dah balik kiteorang still kat rumah Peah hahahahha sakai je rasa. But after maghrib kiteorang dah gerak balik. Thanks Peah for having us! Thank you sebab bagi kiteorang jadi tuan rumah hahaha apa apa pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin! Salam 0-0 ✌


Ni lah si Peah! Cantikkan? Tapi maaf dah berpunya 😆


Mummy cover ayu while daddy tak sudah sudah dengan mini love dia 😒

That's all for this post! Thank you 💗









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 🎉

Assalamualaikum semua 🌸
Dikesempatan ini Eryn ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 🎉

kepada kawan kawan Eryn semua. Semoga kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dibulan mulia ini. Kalau ada buat openhouse jangan lupa roger ya! Hehe. Makan tu beringat juga jangan sampai jatuh sakit 😏

Eryn nak share gambar raya Eryn dengan family sebelah ayah. Tahun ni kita raya turn sebelah ayah. So memang meriah sebabnya memang rapat dengan family sini berbanding family ibu. Okay ni lah family ayah Eryn 🙆


My Big Family 💛

Sand Beige - My Family
Red - Pak Ngah's Family
Yellow - Pakcik's Family
Blue - My only one grandma

*al-fatihah to arwah atuk. We miss you so much atuk 😭


My Lovely Family 💖
*excuse my parents "ketat" face haha


Here, cucu cucu Nek Soknah 💓


My only one queen 💝 
Ni ah bakal ibu mertua awak 😜


Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin! Salam 0-0 ya 😘




ALL ABOUT BUDDYZ 💗



Your best friend is the one who's laughed with you, cried with you, and despaired with you. Your best friend is the one who loves and accepts all the strange or quirky things about you. Your best friend is the one who's shirts are stained with mascara from your tears. Your best friend is the one who can look at you and have a whole conversation without moving their mouth once. Your best friend is the one who's seen you at your worst, and said you were the best. Your best friend is the one who fought for and defended you-even when they knew you were wrong. Your best friend is the one who can honestly say "I love you." and not think twice about how it was taken. Your best friend is the one who crashes on your couch at four in the morning. Your best friend is the one who kicked you in the ass and straightened you out when you were about to make a big mistake. Your best friend is the one who knows you inside out. Your best friend is the one who never has to ask- they already know the answer. Your best friend is the one with whom you can't play twenty questions because they already know the answer to every question. Your best friend is the one who fought with you, missed you, and made up with you after many bitter exchanges were made. Your best friend is the one who stood by your side when you were having a hard time, and always forgave you for being a b*tch. Your best friend is the one who doesn't expect an apology but deserves one. Your best friend is the one who covered for you to keep you out of serious trouble. Your best friend is the one who never judged you for what you had done, never called you a dirty name because you had been less than good. Your best friend is the one who is your main partner in crime. Your best friend is the one who will always need you and miss you in times of need when you can't be there, but knows you would be if it was possible. Your best friend is the one whom you may need most, who will always seek your company, but will push you away to avoid pulling you down with them when they know they can't win.



THANK YOU FOR EVERYTHING GIRLS 🌹
MUCH LOVE 💓

Sincerely, Erynn 💗

Wednesday 12 July 2017

MELAKA HERE WE GO!

Assalamualaikum & hi kawan kawan 🙋
Sihat ke tu? Kalau tak sihat makan ubat tau? Kalau sihat alhamdulillah semoga terus sihat 😉 Hmmm post kalini rasa macam nak cerita pasal eryn pergi bercuti dekat Melaka dengan kawan kawan. Boleh ke takpe? Hehe yela haritu dah cerita pasal pergi Pulau Perhentian kan mana tahu bosan ke huhuhu. So boleh eh? 


Sebenarnya, nak jumpa kawan baru nama di Doha Dzahari teman special si Ammar. Selalu borak dekat whatsapp tak pun twitter so planning untuk bersua muka giteww. Then keputusan diambil untuk ke Melaka sebab ada homestay ayah kat situ (jimat duit 😝) Hmm Melaka tu macam tak best sangat kan tapi kiteorang pergi sana sebab nak pergi A'famosa Waterworld & Pantai Klebang je jalan santai. Haaa! Lagipun budak lelaki mengidam nak makan asam pedas so ikutkan aje. Korang semua mesti pernah pergi Melaka kan? Eryn biarkan gambar berbicara jela eh heheh



Arrived at A'famosa Waterworld


A'famosa Animal Park


Yeah! We are ready to rocking the slides!


Dah penat berlumab kita suruh orang tolak je okay 😝



Okay, last but not least here is my new friends Doha (left one) and Thirah (middle one). Thank you for sweet memories! See you when i see you babe 💗



RESEPI CORNFLAKES MADU

Haaaaaa! Nampak tak gambar tu gambar apa? It's cornflakes madu 😋
Eh eh! Assalamualaikum kawan kawan 😊 Maaf ya terlupa bagi salam. Excited nak share resepi cornflakes madu pula. Post lepas cornflakes coklat kan? Dah cuba belum? Hehe kalau belum cuba boleh buat ni sekali nanti. 


Okay, lets proceed with bahan bahan and cara cara. Senang juga tau macam conflakes coklat. cuma madu dengan coklat je bezanya 😊


Bahan-Bahan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
- 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)

3/4 Buku Buttercup (250g)

1/2 Tin Susu Pekat

- 5 Sudu Besar Madu

- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)

1/2 Sudu Teh Esen Vanilla


konflake cornflakes madu sedap rangup
Cara-Cara;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.

2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.

3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.

4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.

5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.

6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.


Okay dah siap! Maaflah gambar masa tengah buat tu takde sebab buat sorang sorang kan uhukss! Tapi tak susah pun tau! Cubalah korang. Adik adik eryn semua suka and diorang kata sedap huhu
dah buat jangan lupa share & comment ya. Thank you 💗

SELAMAT MENCUBA ✌

RESEPI CORNFLAKES COKLAT

Hello hello! You guys tengah buat apa tu? Ni haa Eryn ada nak share resepi Cornflakes Coklat! Gerenti boek punyaaaa 👍 Haaaa! Meh sini Eryn share gambar dulu. Tadaaaaaaa! 


Sedapkannnnn? Haaa mestilah sedap hehe. Nak resepi tak? Tak susah pun tau! Senang je. Korang cuba tau! Kalau dah jadi jangan lupa comment 😋 Nahh resepi dia kat bawah ni :


Bahan-bahan

  • Milk compound chocolate (Beryl's) 250g
  • Cornflakes - 5 cawan (sukat yg belum diramas)
  • Buttercup - 1 sudu besar
  • Papercup


Cara-cara

  1. Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
  2. Ramas kasar cornflakes
  3. Campurkan cornflakes, almond dan coklat kemudian gaul rata
  4. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu
  5. Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit
  6. Siap! Dah boleh makan 😋

Haaa! Kan dah kata senang semudah ABC cewahhhhh! So korang tunggu apa lagi Pergilah buat sementara raya masih ada. Boleh bagi kawan kawan rasa jangan kedekut pula. Kalau kawan tanay resepi jangan lupa share tau! 

SELAMAT MENCUBA ✌

Wednesday 5 July 2017

RESEPI BUTTER CHICKEN

Holla! Today Eryn nak share resipi Butter Chicken 😋 So can we start now? Firstly, mestilah kena ada bahan bahan dia kan? Okay list bawah ni semua bahan yang kita perlukan okay!



Bahan bahan:

2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:

1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Lepas bahan bahan semua dah sediakan, kita dah boleh start masak yeay! Here we go dengan cara cara dia pula!

- Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga 
  kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

- Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga     wangi.

- Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula       cheese.

- Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula     secukup rasa.

- Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur     pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan   sedikit gula. 

Okay done Butter Chicken!


Gambar sendiri bukan gambar google 😂


SELAMAT MENCUBA ✌




RAYA WITH FRIENDS AT IPOH

Hello everyone! Jumpa lagi ya kita? Hehehe jangan jemu pula tau! Kehkehkeh harini I nak story I raya dekat Ipoh dengan kawan kawan kolej. Fu...