Macam biasa kalau beraya tak bukan kita makan kan. So masa dekat Ipoh kiteorang start raya dari rumah Alia. Pagi pagi mak dia dah masakkan nasi kerabu. Dah lah tak pernah makan hmm terkial kial juga lah aku nak makan. Hahaha sampai mak dia tegur kenapa kering. Hmm maaf makcik anak ni baru belajar makan makanan pata timur huhu. Walaupun first time makan habis tau. Andddd sedapnya budu! Dulu tak makan sebab orang kata tu katak 😑 but now dah makan okay! Proud of me 😝 Thank you Alia for having us 😘
Gambar dengan Alia tak ada. So takpe kan kalau gambar dengan adik dia 😜
*practice ambil gambar family 😀
After raya rumah Alia we go to masjid sebab Azam nak solat jumaat. I tunggu lah dia dalam kereta. So dah selesai solat jumaat kiteorang pergi rumah Miss Faradilla. Sporting lecturer ever! Hehehe. Sampai sampai je rumah miss, miss sambut kiteorang macam pelik. Yela selama ni mana pernah Azm bawak I jumpa lecturer semua ni but yeah lecturer memang kenal I lah. Then sembang sembang dengan miss, tetibe miss cakap "ingatkan datang nak bg kad jemputan" hahahaha miss please miss awal lagi huhu padahal memang dah gatal nak kawin jkjkjk. Azam pun jawab "alaa miss kad tertinggal" haihh dia ni pun meloya boleh tahan juga! Sambil borak mis hidangkan kuew teow goreng. I told you haa kuew teow miss sedap gilaaa! Tak tipu weh 😅 Makan borak makan borak habislah semua gossip yang tak tersimpan. tetibe tenguk jam dah pukul 5 lebih. So kami minta diri dulu sebab nak beraya ke rumah Pijoi pula. Anyway, thank you miss for having us 😘 Nanti kawin kami jemput miss nah. Bukan miss je satu KPM kami jemput 😛
Haaa ni ada gambar dengan tuan rumah Miss Faradilla 🌸
Next house is Pijoi house. Haa time ni aku dah penat dah. Penat makan, penat badan, penat segalanya lah dengan rasa berlangas semua grrrrrr tapi rayakan setahun sekali so gigihkan diri juga. Dekat rumah Pijoi ni cam biasa je lah. Yang luar biasa orang cakap tak payah buat apa apa sebab dah makan banyak tpi dia buat juga. Act, dia tak buat lah tapi dia beli. Hahahaha dia pergi beli pizza weh! Tell me macam mana lah tak gemuk kalau asyik makan 😂 Tapi orang kata rezeki jangan ditolak kan? SO kita makan jela. Makan sikit lepastu terus gerak balik sebab nak mandi sesiap semua then nak g beraya malam pula. So here is our picture with brocoli boy hahaha sorry pijoi and thanks for having us 👐
One with brocoli boy 😝
Malam pun menjelma. After maghrib siap siap terus beraya rumah Syida. Sampai sampai terus makan then borak sembang dengan kawan perempuan semua. Dalam masa yang sama sakit hati pun ada. Nak ajak balik kang serba salah sebab tengah tunggu si brocoli tu. So tahankan lah hati ni jap kan. Nak hilangkan rasa sakit hati ni kita pun makan makan dan makan. Dah habis makan pupp pappp puppp papppp terhasillah selfie dari kami
Bukan drama bini bini ku cantik ya
The next day kiteorang pergi Seri Iskandar sebab ada jemputan wedding. Yeahh wedding Kak Fayrose. Thank you for inviting us Kak Rose! Youre so pretty on your big day 😍 Semoga kekal ke jannah bersama husband tersayang ya. Jangan garang garang tauu takut husband nanti 😜 kira raya jugalah kan makan nasi kenduri. Dah lah lauk dia superb gila! Ikan patin tempoyak and talapia masak 3 rasa i think (not sure) janji kenyang hehe thank you again Kak Rose! Nah lanje sikit gambar dengan pengantin 😊
Pengatin laki hilang so kami kpmsi geng bergambar jela huhu
Lepas kenyang makan kenduri Azam aja singgah rumah my old friend whih is Dyla. Hmmm lama juga tak bercakap dengan dia. Sejak dia keluar hostel memang jarang jumpa lah. Dia oun busy memanjangkan so ada peluang ni jumpa lah. Dia ni pun satu orang kata tak payah buat apa apa, dia pergi buatnya spaghetti. Haih nasiblah dapat kawan yang tak boleh tenguk kau kurus 😂 Apepun spaghetti kau sedap Dyla hehe thanks sudi terima kunjungan kami yang tiba tiba ni 😌 and thanks too for ur almond london. Siapa nak beli kuih ke kek ke boleh lah pergi kedai bakery dia hehe bawah ni gambar dengan tuan rumah
Boleh kot nampak kurus sikit 🙊
Finally, last house and last day dekat Perak. Haaaa tak terlarat dah ha nak makan nak jalan. Hahaha dasar gemuk pemalas Eryn ni 😒 Rumah last ni rumah si Peah. Sampai sampai dia belum start masak lagi. Si Azam lah ni nak cepat sangat sekali tak prepare apa apa lagi. I tak pela kan boleh tolong dia masak. Si Azam melanguk dekat depan hahaha padan muka! Masak masak masak sampai siap. Masak takde lah lama mana pun sebab masak spaghetti carbonara je haa. Dah siap masak tak makan lagi sebab apa ? Sebab dah kenyang. So kiteorang decide nak tunggu geng lain sampai. Tunggu diorang tu macam tunggu duit jatuh dari langit tahu tak hahah lama lahai! Nasib kawan je tau 😌 Lama kemudian, geng sampai. Terus lah makan kan sebab dah lama tunggu and dah nak maghrib dah. Taknak gerak balik Kajang lewat sangat sebab takut penat. Dah habis makan orang lain dah balik kiteorang still kat rumah Peah hahahahha sakai je rasa. But after maghrib kiteorang dah gerak balik. Thanks Peah for having us! Thank you sebab bagi kiteorang jadi tuan rumah hahaha apa apa pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin! Salam 0-0 ✌
Ni lah si Peah! Cantikkan? Tapi maaf dah berpunya 😆
Mummy cover ayu while daddy tak sudah sudah dengan mini love dia 😒
That's all for this post! Thank you 💗
No comments:
Post a Comment