Wednesday 5 July 2017

NUTELLA BROWNIES YUMMY!



RESEPI BROWNIES NUTELLA




Bahan-bahan :

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 
Nutella 200g
Almond (option)



Cara-cara penyediaan :


Coklat compound dipotong kecil


Satukan coklat compound dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata


Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 


Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan



Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi serta nutella kedalam adunan. Kemudian gaul rata


Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di lapik kertas kek dan sapukan juga dengan butter. Letakkan almond jika mahu


Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing. Apabila sudah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit


Tadaaaaaa! Inilah hasilnyaaa yummy! 😋



SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment

RAYA WITH FRIENDS AT IPOH

Hello everyone! Jumpa lagi ya kita? Hehehe jangan jemu pula tau! Kehkehkeh harini I nak story I raya dekat Ipoh dengan kawan kawan kolej. Fu...