Monday 3 July 2017

CAKEREEN CHEESEKUT 🍪🍰


Im back! Hehe. Dah lama rasanya tak update blog ni. Cehh padahal tak sampai sebulan pun huhu. Hmmmmm nak cerita pasal apa ya? Rasa macam nak buat resepi Oreo Cheesekut! Korang pernah dengar or makan? Kalau pernah makan sedap tak? Banyak cheese tak? Eh eh! Banyak pula si Eryn ni tanya 😅 Sebenarnya Erynn nak share resepi cheesekut yang Eryn sendiri buat. Dah ready dah? Pi ambil kertas pen sesiap nak tulis resepi ni! Lets begin with bahan yang diperlukan. So bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

- tartura cheese (500g)


- 1 tin susu creamer (dairy champ)




-  1 paket cream crackers



- 8 sudu susu dutchlady (full cream)



- crushed oreo



Dah siapkan kesemua barang kita teruskan dengan cara cara :

1. Masukkan cheese dan susu creamer didalam mixer. Kemudian, kacau hingga sebati

2. Apabila sudah sebati, masukkan 8 sudu susu cair dutchlady ke dalam adunan cheese tadi. Kacau sekali lagi hingga sebati

3. Masukkan cheese sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang ingin digunakan. Selepas lapisan cheese, letakkan crushed oreo. Kemudian letakkan biskut cream crackers

4. Ulang langkah (3) sehingga penuh satu bekas

5. Apabila sudah siap, masukkan cheesekut tersebut didalam peti ais. Biarkan selama 30 minit atau 1 jam untuk rasa yang lebih enak


Inilah hasil yang Eryn buat. Kenapa Eryn buat dalam bekas tu? Jawapannya ialah sebab Eryn jual cheesekut lah hehe letak dalam bekas tu senang. Orang makan boleh terus buang. Jimat pun jimat tau! Nampak macam sedapkan?! Meh lah beli 🙈




Eryn jual 1 berapa? Haa ni harga dia :

1box - RM4
3box - RM10

Murahkan? Apa lagi meh beli banyak banyak! Confirm tak menyesal 😋



Okay, yang ni pula Eryn punya stok. Eryn selalu buat banyak sebab permintaan customer memang banyak. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi 😊


Korang taknak cuba buat ke? Mana tahu korang pun boleh buat business ni juga lepasni. Siapa sangka kan hehe. Kalau sesiapa nak ambil resepi ni ambil lah. Dialu alukan untuk mencuba. Eryn stop dekat sini eh. Kita jumpa lagi on next post okay guys? Byee 😉



SELAMAT MENCUBA ✌

No comments:

Post a Comment

RAYA WITH FRIENDS AT IPOH

Hello everyone! Jumpa lagi ya kita? Hehehe jangan jemu pula tau! Kehkehkeh harini I nak story I raya dekat Ipoh dengan kawan kawan kolej. Fu...