Monday 3 July 2017

SHORT VACATION WITH LE GIRLSS 💖

Assalamualaikum and hi everyone! Post kali  i Eryn nak cerita pasal short vacation Eryn dengan kawan kawan Eryn dekat Pulau Perhentian tu. Haaaa ingat tak post Eryn yang lepas Eryn cakap nak cerita kan? Ingat tak? Ingat tak? Kalau tak ingat pergi tenguk balik! 😠 Hehehe lets start!

Ceritanya bermula macam ni, masa kiteorang semua tengah praktikal, saje lah masing masing tenguk tempat tempat best. Lepastu, terdetik nak pergi vacation sama sama memandangkan lepas intern semua susah nak jumpa. Then, Eryn pun saje je lah cakap "jom pergi perhentian weh" lepastu diorang semua macam tak berminat sebab diorang kalau boleh nak pergi Krabi. Tapi kalau ke Krabi rasanya majority tak dapat pelepasan daripada parents. Yela semua gegirlsss kan letopss letopss pula tu! Kang ada yang tak balik kang 😂 So Eryn gigihkan juga lah cari gambar gambar Pulau Perhentian ni sebab nak juga ajak diorang pergi. Lepas cari tu terus send dalam group then semua kata lawa! After that, diorang semua setuju nak pergi. Balik je dari tempat intern semua dok pakat nak tanya parents. Hahahaha punya tak sabar nak pergi kan. Group kiteorang ada dalam 11 orang. Then lepas sesi meminta izin dari parents yang dapat pergi 8 orang je. 2 orang tak dapat pergi sebab parents tak bagi bahaya katanya. Lagi sorang pula dia ada kelas sebab dia ni kos lain lambat habis hehe.


Esoknyaa kiteorang mulakan tugas cari pakej, tiket flight all things yang perlu nak pergi sana. So Eryn cari pakej untuk student & Icha cari tiket flight murah. Seharian kiteorang cari alhamdulillah jumpa. Bila semua dah jumpa Eryn try contact person in charge untuk pakej tu then terus booked untuk 17/4/2016. Excited gila masa tu! Icha pun dah buat kira kira untuk tiket flight terus booked juga. So duit half transfer ke Icha half ke Eryn. So we are done untuk tiket and pakej tu. Oh yaa! Pakej tu dah termasuk makan, tempat tidur, boat and snorkelling. Kiteorang hanya perlu bawak badan dan barang barang keperluan je. Mudahkan?! Hehehe kalau nak tahu pakej apa kiteroang ambil nanti dekat akhir post Eryn share link ya 😘 Dah settle semua tu lagi seminggu nak pergi and semua kecoh dalam group discuss siapa nak bawak sunblock lah, sabun lah shampoo lah. Nasib semua satu bilik haaa senang jimat! Hahaha


17/4/2016 (day 1)

Flight kiteorang pukul 6.15am, tapi Eryn, Mimi & Icha malam tu dah gerak pergi KLIA sebab takde siapa hantar pepagi tu. So kiteroang berkmpung lah sekejap kan kt KLIA tu hahaha rabak tu jangan cakap lah kan. Kejap duduk kejap bangun tenguk jam pukul berapa. Lepastu, dalam pukul 5 lebih kawan kawan yang lain sampai (Erra, Dyla, Sheeqa, Yana, Mira). Diorang samai je kiteorang terus pergi check in yela kang takut tak sempat ke apa kan. Lepas check in semua bertmbah excited! Hahahaha padahal semua mengantuk nak mampus. Dalam 45 minit dah sampai Kota Bharu sebab kiteorang turun sini then ambil teksi pergi Jeti Besut. Kenapa turun situ? Sebab baca google orang review kata dekat. So kiteorang follow je. Sampai je sana kiteorang terus ambil teksi which is pakcik yang bawak. Nama dia tak tahu sebab dia kata panggil pakcik je. Sepanjang perjalanan nak keJeti Besut tu kiteorang berborak dengan dia tanya apa yang best kat sini. Lepastu dia tanya dah sarapan ke? Kiteorang pun jawab belum. Dia pun terus bawak kiteorang pergi makan nasi dagang paling sedap. Memang sedap weh nasi dagang dia! Tak tipu hahaha. Tanpa melengahkan masa pakcik tu bawak kiteorang ke Jeti Besut. Sampai je sana Eryn terus jumpa En Nazir (owner Sealifeinn) pakej yang kiteorang ambil tu untuk setlekan balance pakej tu. Settle semua terus ambil kunci then pergi jeti naik boat. Semua excited gila sebab tak sabar nak tenguk view kat sana. Perjalanan dari jeti tu ke Perhentian Kecil dalam 30 minit macam tu. Sesampai je kiteorang kat sana ya Allah cantik sangat sangat tempat dia weh! Sumpah tak tipu. Rasa macam tak percaya dah sampai tapi tu lah kenyataan haha. Haa korang nak tenguk tak view dia semua? Nahhhhh gambar kami yang gojessss 😝


At KLIA


In flight


Haaaaa! Cantikkan?!! No filter okay




Infront Sealife Inn Hostel


At jetty

Haaaa! Tu dia gambar kiteorang hehe lanje sikit sikit dulu. Hehehe. Lepas dah letak bag semua tu then ada sorang abang tu yang handle kiteorang punya trip tanya harini nak buat apa. Sebab kiteorang kat sana 3 hari je. Bincang dengan abang tu kiteorag decide untuk snorkeling dekat Teluk Keke. Malas nak cerita boleh? Korang tenguk jela eh gambar je hahaha sebab nak tunjuk view je kan. Kat Teluk Keke ni ada coral sikit je and ikan banyak. Ikan tu kita tak payah pergi jauh jauh, dekat dekat pun dia datang heheh. So nah gambar gegadis dekat Teluk Keke 😎


Before naik boat selfie luuuu! Hehe


Okay, saya akan ajar awak snorkelling 😘


Buddyz on vacation!


Gegadis letopsss 💋

Dah penat snorkelling kat Teluk Keke, kiteorang balik hostel rehat rehat semua. Mlam tu trip kiteorang dekat Long Beach. Oh! Kat sana ada pertunjukkan api tu. Tapi, rasanya takde ambil gambar kot dekat situ 😌 Leka sangat dok tenguk api tu so yang ada gambar kiteorang jela. Nak tenguk? Jap ehhh! 










Okay sekian untuk hari pertama. Lets cerita untuk hari kedua pula!


18/4/2016 (day 2)

Pagi pagi pukul 830 am abang rizal (bukan nama sebenar) dah kejutkan kiteorang sebab kiteorang lambt nak pergi snorkelling. Hahahah malunya laki kejut anak dara haihh. Kiteorang keam kabut bangun dnegan ta mandinya terus pergi ke jeti hahaha apedehal nanti lepas snorkelling kena mandi juga kan? So lantak situ 😂 Hari kedua kiteorang snorkelling 4 point  which is shark point, turtle point, coral beach and romantic beach. Biarkan gambar bercerita 


Shark Point




Romantic Beach



Coral Beach






Turtle Point! Say hi to Mr. Turtle 🐢 and done our second day. So exhausted but happy and enjoy the moment 💜


19/4/2016 (day 3)

Today (19/4/2016) our last day at Perhentian! So we decide to go Kincir Angin hehe. Pukul 9 pagi kiteorang dah siap kemas barang semua nak balik tapi tak balik lagipun just kemas awal so nanti tak kelam kabut. Betul tak? Betul! Lepas siap kema semua barang tu gerak ke jeti tunggu bot untuk ke kincir angin. Sampai samapi terus kena naik bot sebab abang tu kata kiteorang lambat. Hahaha lambat dengan kami berpisah tiada 😂 and kiteorang naik bot dengan sekumpulan budak lelaki from Langkawi. Hahahaha masa atas bot tu takde lah kan nak berkenalan ke apa. Ye la dah lah lambat orang tu tunggu kemain lama pastu nak berkenalan memang taklah hahahaha. Perjalanan dari hostel kami ke kincir angin tu dalam 15 minit. Kincir angin tu dekat long beach so nak pergi kincir angin kena lalu segala hutan hahah bayangkanlah eh gegadis ni semua dengan makeupnya dengan jeansnya alahai leceh naww naww hahaha. So sebelum naik tu pakcik bot tu dah bg arah tuju lalu ikut hutan tu. Haihh sungguh mencabar nak sampai atas sana. Yela mana taknya kena daki bukit sikit hahah mengah lah nak oi! Nasib baik geng laki ni jenis gentleman. 2 orang depan 2 orang belakang. Jaga gegadis gitewwwww 🙈 Nak naik atas tu dalam 20 minit jugalah boleh tahan penat. Sampai je atas mengeluh kemain penat tapi penat tu hilang bila tenguk pandangan yang sangat cantik! SubhanaAllah cantik sangat ciptaan Allah 😍 So apa lagi selfie lah derr huhuhu haaaa! Nak selfie kena turun tangga yng banyak! Allah kaki dah nak tertanggal dah tapi gigihkan juga demi sekeping gambar hahaha padahal berkeping keping 😂 Nahhh gambar kami dekat Kincir Angin








Okay, maka dengan ini tamatlah percutian kami di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam. Seronok ke tak? Wehhhh sumpah seronok gila! Tak tipu! Sesiapa yang tak pernah pergi sila lah pergi takkan menyesal. Kiteorang ni nak repeat lagi tau! Heee oh haaa! Siapa yang nak pergi perhentian yang nak budget rendah, layanan tiptop, tempat tinggal selesa boleh check it out this link https://perhentiansealifeinn.com/tours/ . Seriously berbaloi baloi 👍 Rasanya sampai disini saja kot. Penat dah nak type 😂 Kita jumpa next post okay? Tata 👋











No comments:

Post a Comment

RAYA WITH FRIENDS AT IPOH

Hello everyone! Jumpa lagi ya kita? Hehehe jangan jemu pula tau! Kehkehkeh harini I nak story I raya dekat Ipoh dengan kawan kawan kolej. Fu...